ShareThis



LIKE jika anda berpuas hati dengan tutorial kami

Tuesday 5 February 2013

Forex - Bagaimana Saya Mula Melabur Dengan Etoro?


Salam, selamat datang ke blog teknik Forex Etoro. Dalam blog ni, saya akan kongsikan serba sedikit tutorial dan tips untuk melabur duit lebihan gaji anda dengan selamat dan mendapat pulangan keuntungan yang banyak dalam masa yang singkat. Saya pasti, masih ramai yang belum tahu caranya. 

Persoalan yang harus anda tanya adalah, bagaimana orang-orang kaya seperti Warren Buffett boleh menjadi kaya? Apa rahsia kekayaan mereka?

Jawapannya, mereka melabur wang mereka untuk menjana keuntungan yang berlipat kali ganda. Itu lah konsep yang dimaksudkan dengan "yang kaya bertambah-tambah kaya". Kerana manusia kebiasaan yang berpendapatan sederhana seperti kita semua, seringkali menolak pilihan untuk menyimpan dan melabur. Saya memang minat dalam bab pelaburan ni, sebab biasanya saya memang susah nak menyimpan. Duit lebihan gaji saya habis saya buat beli makanan, gadget, dan sebagainya. Jadi, ada baiknya saya simpan dan melabur untuk masa depan saya.

Saya ada juga cuba menyimpan dalam ASB, tapi pulangannya rendah sangat. Kalau nak gandakan duit permulaan tu, makan masa berpuluh tahun. Saya tak kata ASB tak bagus, cuma lambat nampak hasilnya.

Saya pun mula mencari info, dan cara-cara untuk saya laburkan duit lebihan pendapatan saya ni. Saya belajar serba sedikit tentang pasaran saham (stock market) dan tukaran matawang (Forex). Tapi selepas beberapa bulan saya mencuba, saya rasa cara pelaburan macam ni tak sesuai untuk saya. Ini sebabnya:

Bosan. Fasa awal untuk mempelajari selok belok pelaburan saham dan matawang (forex) ni memerlukan komitmen dan daya fokus yang tinggi. Dan, memandangkan data-data dan graf semuanya dalam komputer, saya terpaksa menghadap komputer seharian.

Stress. Ya, pelaburan saham dan matawang boleh mendatangkan stress jika tak kena gayanya. Lebih-lebih lagi dalam bab pengurusan risiko dan kewangan (Money & Risk Management). Bukan boleh main hentam saja, setiap langkah dan keputusan yang kita kena ambil, perlu disertakan dengan kira-kira dan analisis bagi mengelakkan kerugian.

Tak lama selepas saya belajar tu, saya terjumpa satu peluang pelaburan yang sangat unik. Saya belum pernah dengar lagi konsep yang sama sebelum ni. eToro namanya. eToro merupakan sebuah laman sosial yang mengumpulkan ribuan pelabur dan pro-trader di bawah satu platform. Apa yang menarik dengan eToro, anda mampu menjana keuntungan tanpa perlu bersusah payah trade sendiri. Ya, saya tak tipu. Anda boleh daftar percuma dan tengok sendiri di sini.

Anda juga boleh baca artikel yang saya tulis dalam blog ni, untuk pelajari asas dan tahu lebih lanjut mengenai etoro sebelum mula melabur

Selamat membaca, dan semoga berjaya!

0 comments:

Post a Comment

Ada sebarang pertanyaan atau cadangan? Sila tinggalkan komen anda di sini.